Sunday, September 25, 2011

Kata-Kata Hikmah Imam Al-Ghazali


by Ahmad Masri on Sunday, 01 May 2011 at 08:18
  1. Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerak-geri dan tingkah lakumu. Kerana itu, kerjakanlah yang baik-baik.
  1. Tumpukanlah segala perhatianmu untuk bermunajat kepada-Nya
  1. Tundukkanlah kepala dan pandangan matamu
  1. Diamlah, jangan berberbicara tentang sesuatu yang tiada faedah bagi agama.
  1. Cepat-cepatlah memenuhi panggilan agama
  1. Jauhilah larangan-larangan agama
  1. Janganlah menentang terhadap takdir Allah s.w.t
  1. Sentiasa ingat dan zikir kepada-Nya
  1. Berfikirlah selalu tentang nikmat-nikmat dan keagungan-Nya
  1. menangkanlah yang hak dan gugurlahkanlah yg batil.
  1. Janganlah menggantungkan harapan kepada selain allah s.w.t
  1. Rendahkanlah hatimu kepada Allah s.w.t
  1. Sesalilah segala perbuatanmu yg tercela dan merasa malu di hadapan Allah s.w.t
  1. Hindarilah segala tipu daya yang tidak diuji dalam mencari nafkah dengan penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t selalu melimpahkan rezeki kepada semua hamba-Nya. Dan dalam segala usaha kebaikan apapun sertailah dengan tawakkal kepada-Nya.
  1. Hendaklah seseorang menerima masalah yg dikemukakn oleh muridnya.
  1. Sabar dan tabahlah dalam menghadapi segala persoalan.
  1. Bersikaplah lemah lembut dan sopan-santun dengan menundukkan kepala.
  1. Bersikap tawadhuklah dalam segala bidang pergaulan.
  1. Janganlah keberatan menjawab : ”aku kurang memahami jika memang belum mampu menjawab sesuatu masalah”.
  1. Bila mencari teman untuk kebahagian akhirat, perhatikanlah benar-benar urusan agamaNya. Dan bila mencari teman untuk memperolehi keperluan duniawi, maka perhatikanlah ia tentang kebaikan budi pekertinya.
  1. Carilah teman utk menenangkan hati dan fikiran, maka perhatikanlah baik-baik soal-soal keselamatanmu dan kejahatannya.
  1. Dahulukanlah temanmu daripada dirimu sendiri dalam masalah duniawi, atau paling tidak hendaklah bersedia memberi bantuan material kepada temanmu yang memerlukannya.
  1. Maafkanlah temanmu yang sedang melakukan kesalahan dan janganlah sekali mencelanya.
  1. Doakanlah temanmu selagi masih hidup mahupun telah meninggal dunia.
  1. Sampaikanlah berita gembira kepada temanmu tentang perbuatan-perbuatannya yang mendapat sambutan baik dari orang lain, dan perhatikanlah pembicaraannya tanpa membantah.
  1. Jagalah rahsia temanmu, tutupilah keburukannya dan diamlah jangan membesarkan kesalahannya yang dibicarakan org lain.
  1. Ada 4 perkara yg menguatkan badan.

a) memakan daging

b) mencium bau-bauan

c) memperanyakkan mandi, bukan mandi junub

d) memakai kain cotton.

  1. Ada 4 perkara yang menambah kecerdasan akal

a) meninggalkan perkataan yang tidak perlu

b) bersuci

c) bergaul dengan org2 soleh

d) bergaul dengan para ulama’

29. Apabila cinta kepada Allah sampai ke lubuk hati, maka semua cinta selain-nya akan tersingkir.

30. Ilmu yg hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama dari dunia. Barang siapa yang tahu akan hal itu, maka ia tidak akan melepaskan yang lebih utama untuk mengambil yang nista.

Dipetik dari buku `Penawar Bagi Hati’ karya Abd Aziz Ismail

Amalan yg mengalir selepas wafat / meninggal...

Amalan yg mengalir selepas wafat / meninggal...

by Genji Serizawa on Thursday, 08 September 2011 at 12:00

Bismillahirrahmanirrahim,..

Dari Anas bin Malik r.a : Bahawasanya RASULULLAH S.A.W bersabda,"Ada tujuh amalan yg pahalanya terus mengalir kpd seorang hamba setelah ia sudah meninggal dunia,iaitu :

1 - "Orang yg mengajarkan / menyampaikan ilmu (yg benar)";

2 - "Orang yg mengalirkan sungai (bagi kepentingan umum)";

3 - "Orang yg menggali sumur / telaga (bagi kepentingan umum)";

4 - "Orang yg menanam pohon kurma";

5 - "Orang yg membangun / membina masjid / tempat beribadat";

6 - "Orang yg mewariskan munshaf";

7 - "Orang yg meninggalkan anak yg sentiasa memohonkan ampunan baginya".

melaluaca

[Forwarded from AHMAD MASRI]
Oligo® binds minerals to organic compounds (Oligofructose and amino acid) to mirror the way minerals are naturally found in fruits, vegetables, and other whole foods. This binding process not only keeps the minerals more available for the body to absorb, it also guards the minerals—disarming their ability to generate massive amounts of free radicals. As a result, more of the critical nutrients you need for better health are available for use every day.

*This statement has not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
†Osteoporosis affects menopausal women and older people. Preventing osteoporosis should start earlier in your life. Regular exercise and a healthy diet with enough calcium help build and maintain good bone health and may reduce the risk of osteoporosis later in life. Adequate calcium is important, but daily intakes above about 2,000 mg are not likely to provide additional benefit.

‡ Foods and supplements containing at least 400 mg per serving of plant sterol esters, eaten twice a day with meals for a daily total intake of at least 800 mg, as part of a diet low in saturated fat and cholesterol, may reduce the risk of heart disease. A daily serving (4 softgels) of Phytomega supplies 2,000 mg of plant sterol esters.

§ Supportive but not conclusive research shows that consumption of EPA and DHA omega-3 fatty acids may reduce the risk of coronary heart disease. A daily serving (4 softgels) of Phytomega supplies 550 mg of EPA and DHA.

** When tested against the sulfate, gluconate, oxide, and fumarate forms of copper, iron, manganese, and zinc (the forms commonly used by almost all commercially marketed nutritional supplements) at intestinal conditions.

If you like this...
Try these other great Melaleuca products too

Florify® Probiotic Capsules
Regular: RM72.00
Savings: RM23.95
Points: 8
Preferred:
RM48.05

1
  ADD TO CART

Florify Probiotic Granules
Regular: RM126.00
Savings: RM46.50
Points: 10
Preferred:
RM79.50

1
  ADD TO CART

CelWise® Broad-Spectrum Antioxidant
Regular: RM99.00
Savings: RM30.60
Points: 10
Preferred:
RM68.40

1
  ADD TO CART

VFL Calcium Complex
Regular: RM84.00
Savings: RM29.40
Points: 8
Preferred:
RM54.60

1
  ADD TO CART

MelaUp 1000
Regular: RM156.50
Savings: RM54.70
Points: 13
Preferred:
RM101.80

1
  ADD TO CART

Vitality 4™ Women
Regular: RM281.00
Savings: RM104.00
Points: 25
Preferred:
RM177.00

1
  ADD TO CART

PhytoMega® Heart Health Supplement
Regular: RM165.00
Savings: RM56.90
Points: 14
Preferred:
RM108.10

1
  ADD TO CART

Vitality Pack for Women
Regular: RM161.50
Savings: RM55.50
Points: 15
Preferred:
RM106.00

1
  ADD TO CART

Vitality 6™ Women
Regular: RM466.50
Savings: RM140.00
Points: 42
Preferred:
RM326.50

1
  ADD TO CART

Vitality 4™ for Men
Regular: RM281.00
Savings: RM104.00
Points: 25
Preferred:
RM177.00

1
  ADD TO CART

Lemon Brite
Regular: RM24.00
Savings: RM8.65
Points: 2
Preferred:
RM15.35

1
  ADD TO CART

MelaPower - Fresh Scent
Regular: RM92.00
Savings: RM28.15
Points: 8
Preferred:
RM63.85

1
  ADD TO CARTInsuran & Road Tax Online

Wednesday, September 21, 2011

Formula pemakanan genius-genius Islam silam


Formula pemakanan genius-genius Islam silamFormula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ia sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA

Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Tuesday, September 13, 2011

hari ini kami semua murid-murid tua yg di ketuai olh 2 warga emas sdg kursus bersama ke arah negeri berpengetahuan 2015

Monday, April 11, 2011

PAYUNG EMAS - nota ini di tulis oleh rakan saya

PAYUNG EMAS - nota ini di tulis oleh rakan saya

by Ahmad Masri on Friday, 01 April 2011 at 05:52

PAYUNG EMAS

Kisah ini berlaku sekitar penghujong tahun 1997 yang mana sewaktu itu aku baru pindah ke Seremban dari Sg.Besi Kuala Lumpur. Disebabkan keluarga kami cuma tiga beranak, membeli makanan untuk makan malam memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Satu malam selepas Solat Insya’, aku ke salah satu warong Tom Yam kat Ampangan, Seremban. Ketika aku keluar dari kerata yang aku parking kat sebelah warong,tiba-tiba “ Assalamualaikum ustaz!” kedengaran suara memberi salam yang datang dari salah satu meja kat luar warong berkenaan.”alaikumsalam” jawab aku sambil menoleh ke arah meja berkenaan. Rupanya kawan-kawan aku tiga orang (karkun) yang sememangnya aku kenali sejak di K.L lagu. “Jemput dudok Ustaz” kata salah seorang mempelawa aku dudok di kerusi yang kosong bersama mereka. “Minta order ustaz” Kata salah seorang yang lagi satu. Setahu aku ketiga-tiga mereka memang kawan rapat. Rapat sungguh, kalau kat mana-mana pasti akan bertiga lebih-lebih lagi kalau pergi pekena minuman Tongkat Ali kat salah satu warong kat Pantai. “Kasi power” kata mereka atau "Rumber-rumber power" dalam bahasa Tamil.

Setelah mula dudok, mereka pun menyambong perbualan seolah-olah mengajak aku berbual sama. Rupanya topik kahwin dua, patut le senyum labar masing-masing. “Bukanya apa ustaz , la ni khamai pompuan tak kawin, kalau kita tak tolong sapa lagi, ustaz, kesiaaan kat depa”, bersunggoh-sunggoh menerangkan kepada aku dengan sedikit loghat utara. Aku senyum je tak kata apa-apa sambil menghirup sedikit teh tarik panas. “Masa ni le kita nak tolong isteri kita dapat payong mas kat dalam syurga nanti” mencelah seorang lagi. “Ye ke payong mas?” tanya aku dengan wajah buat-buat hairan. “Eh ! eh! Buat-buat tak tahu plak untaz ni” sampok salah seorang dari mereka. “Kalau ustaz nak, cakap je kami boleh tolong,” sambungnya lagi. “ Sorang pun aku tak terdaya apa lagi dua”, jawab aku tersenyum sambil menghirup kembali teh tarik. “Ustaz! sunnah le ustaz.”tegas salah seorang dari mereka. “Blom tergerak le hati aku “, jawab aku selamba. Setelah siap pesanan yang aku order( bungkus), aku pun minta diri.

Setelah hampir 8 bulan kemudian salah seorang kawin kedua dan selepas itu kahwin lagi yang ketiga. Hebat! Memang hebat! Dah tu aku dengar nak kawin ke empat pula. Fooh! lagi hebat. Selepas setahun perbualan kat warong tu salah seorang lagi kahwin dua. Dengar cerita isteri keduanya seorang pegawai kerajaan. Yang seorang lagi cari punya cari tak dapat-dapat. Namun selepas 5 tahun selepas perbualan itu,dia pula kahwin dua setelah menghadapi berbagai ranjau. Berjaya ketiga-tiganya “menolong pompuan dan memiliki payong mas untuk isteri masing-masing”. Betol ke? bila aku fakir dan renung sendirian aku senyum.Lagi pun aku amat-amat mengetahui kehidupan mereka selepas kahwin dua.Maleh aku nak cerita kat sini. Biar le sorang. Biar le tak dapat payong mas pun tak ape. Nak tolong perempuam bukan cara tu sahaja, banyak lagi cara lain.Banyakan kerja agama, dakwah dan nasihat bila mereka dah dapat hidayat itu jauh lebih untuk menolong mereka.

Tapi kadang-kadang aku jadi takut juga, bukanya apa takut ter.x%/& sebab keempat-empat tu, tiga dah jalan, cuma aku sorang je lagi yang blom. Seraaam !aku tapi orang rumah (ahlia) aku lagiiii seraaam. Sebab setengah orang kata:-

SATU “IS ONE”, DUA “IS TWO” , TIGA BARU “IS THREE”

Peeeh! Laagii seraaam. Ye ke seram ni. Jangan-jangan ada ati tak? Aku tanya, aku le yang jawab. Baik,aku jawab :-

Jawapan :

Naluri lelaki memang nak kahwin lebih. Itu memang naluri lelaki, orang buta yang dok raba-raba pun kalau tanya dia nak ke kahwin lagi sorang . Tentu di jawab nak. Tapi kalau di ukur dan fikirkan hal anak-anak , pengorbanan isteri, susah payah hidup bersama, nak bagi masa untuk kerja agama dan bla! bla! bla!. Maka pasti jawapanya biar le dia sorang. Itu le buah hati aku. Dia le harimau dia le kucing manja. Lagi pun Nabi saw tak pernah kahwin lebih ketika ada isteri pertama. Isteri Pertama itu le yang banyak berkorban. Selepas kematian Isteri Pertama baru le Nabi saw kahwin lebih. Itu pun perintah Allah swt, sebagaimana firmanya :-

“Wahai Nabi (saw) , sesunggohnya kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang telah kami berikan mas kahwinya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu perolehi dalam peperangan yang dikuniakan Allah untukmu.. . . . .”

Kalau di lihat catatan sejarah boleh la kita susun seperti berikut:-

Umur 25 Hingga 50 Tahun

Berkahwin dengan Khdijah Al Qubra ra hingga kematian Khadijah sewaktu umur Nabi 50 tahun. Ini bermakna Khadijah ra meninggal lira-kira 10 tahun selepas kereasulan Nabi saw.

Umur 50 tahun

Baginda berkahwin dengan Saudah ra dan A’aisyah ra. Saudah ra terus bersama dengan Nabi manakala A’aisyah ra bersama dengan Nabi 2 tahun selepas hijrah. Pada ketika itu baginda berumur 54 tahun.

Umur 55 tahun (3 SH.)

Baginda berkahwin dengan Hafsah ra. Selepas beberapa bulan, baginda berkahwin pula dengan Zainab bin Khuzaymah ra yang telah bersama dengan Nabi saw hanya selama 3 tahun 18 bulan sahaja ( sebagaimana terdapat di dalam sesetengah riwayat ) sebelum beliau meninggal dunia.

Umur 56 tahun (4 SH.)

Baginda telah berkahwin dengan Ummi Salamah ra

Umur 57 tahun (5 SH.)

Baginda berkahwin dengan Zainab ra.

Umur 58 tahun (6 SH)

Baginda berkahwin dengan Juwairiyah ra

Umur 59 tahun (7 SH.)

Mula-mula banginda berkahwin dengan Ummi Habibah ra kemudianya berkahwin pula dengan Safiyyah ra. Selepas itu berkahwin pula dengan Maimunah ra. Ini terjadi di dalam tahun yang sama.

Rumusan:

Dari menerangan di atas, amat jelas pada kita yang mana Rasulullah saw berkahwin hanya satu (Monogamous) ketika bersama Khadijah ra. Ketika ini baginda tidak pernah pun berkahwin lebih.. Perkahwinan beliau lebih dari satu (Polygamous) selepas berumur 50 tahun dengan kebanyakanya adalah janda itu pun atas perintah Allah swt. Jadi bermakna yang nabi kahwin bukan kerana tuntunan nafsu tetapi adalah kepentingan Agama. Kalau kerana nafsu pasti nabi akan memilih anak dara daripada janda.

Jadi untuk yang telah kahwin lebih dari satu,adakah perkahwinan itu kerana tuntunan Agama atau . . . . .? Bagi yang bercadang nak tambah satu lagi atau yang ketiga atau keempat fakir-fikirkan lah.

Maaf kalau ada yang tersinggung (Khusus untuk Kaum Bapa)

Wallahu’alam.

P/s : Rasanya tulisan ini menyukakan Kaum Ibu (Masturat)


Sandiwara dunia

Sandiwara dunia

by Ahmad Masri on Sunday, 03 April 2011 at 04:52

1) Jangan terpedaya oleh dunia, kerana dunia ini bohong dan sandiwara, yang daki dunia, harta bayang-bayang wang akan hilang, sedangkan hidup di dunia ini hanya sementara, jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat kelak;- (Hukamak).

2) Kehidupan manusia di dunia ini umpama matahari; a. Matahari terbit tidak ubahnya seperti bayi lahir, yang sentiasa minta diasuh. b. Matahari naik, tidak ubahnya seperti masa kanak-kanak yang perlukan pendidikan. c. Tengahari tidak ubahnya seperti masa menjadi pemuda, hendaklah kuat belajar. d.Matahari mulai turun, sama tidak ubahnya dengan masa dewasa, sihatkan ekonomi, kuatkan iman dan ibadah. e. Matahari hampir terbenam, sama tidak ubahnya dengan masa tua menunggu mati;- (Hukamak).

3) Barangsiapa mencintai dunia, nescaya membawa melarat kepada akhiratnya. Dan barangsiapa yang mencintai akhirat, nescaya membawa melarat kepada dunianya. Maka utamakanlah apa yang kekal, atas apa yang fana';- (Hadis).

4) Kecintaan kepada dunia itu adalah merupakan pokok dari setiap kesalahan;- (Hadis).

5) Dunia itu mencari dan dicari. Maka yang mencari akhirat, ia akan dicari oleh dunia. Sehingga sempurnalah rezekinya dalam dunia itu. Dan yang mencari dunia, ia akan dicari oleh akhirat. Sehingga akan datanglah mati kepadanya;- (Nabi Isa a.s).

6) Dunia itu kampung bagi orang yang tidak punyai kampung dan harta bagi orang yang tidak mempunyai harta. Dan untuk dunia, dikumpulkan oleh orang yang tidak berakal. Kepada dunia, bermusuh-musuhan orang yang tidak mempunyai ilmu. Kepada dunia, saling dengki-mendengki orang yang tiada memahami agama. Dan untuk dunia, berusaha orang yang tiada mempunyai keyakinan;- (Hadis).

7) Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terbesar dalam hidupnya, maka Allah akan memberikan empat 4 perkara dalam hatinya; kesusahan yang tiada putus-putusnya untuk selama-lamanya, kesibukan yang tidak akan selesai selama-lamanya, kemiskinan yang tidak akan berkesudahan, dan angan-angan yang berpanjangan;- (Hadis).

8) Dunia itu seperti rumah yang mempunyai dua 2 pintu. Aku masuk dari salah satu keduanya dan aku keluar dari pintu yang lain;- (Nuh a.s.).

9) Takutlah kamu kepada dunia! Kerana dunia itu lebih menyihirkan dari Harut dan Marut;- (Hadis).

10) Ketahuilah, sesungguhnya orang yang menyintai dunia dan panjang angan-angannya pada dunia nescaya akan dibutakan oleh Allah mata hatinya. Barangsiapa yang zuhud pada dunia dan pendek angan-angannya, nescaya akan diberikan ilmu oleh Allah tanpa belajar. Dan diberi petunjuk tanpa hidayah. Ketahuilah, sesungguhnya akan ada suatu kaum sesudah kamu, yang rajanya bersikap zalim melakukan pembunuhan dan paksaan. Dan orang yang kaya penuh dengan kesombongan dan kekikiran. Tiada kasih-sayang melainkan mengikuti hawa nafsu. Ketahuilah olehmu, bahawa orang yang mendapati zaman tersebut di antara kamu, jika ia bersabar atas kemiskinan, padahal ianya sanggup untuk memperoleh kekayaan dan ia sabar atas kehinaan padahal ia sanggup atas kemuliaan, sedangkan ia tidak menghendaki yang demikian, kecuali wajah Allah Ta’ala, nescaya ia akan dianugerahkan oleh Allah pahala lima puluh 50 kali lipat ganda dari orang yang siddiq (bijaksana kebenarannya);- (Hadis).

Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia

Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia

by Ahmad Masri on Tuesday, 05 April 2011 at 01:39

Penemuan-penemuan muslim yang mengubah dunia

Kehidupan moden tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim. Projek 1001 kembali mengingatkan sejarah 1000 tahun warisan muslim yang dilupakan.

“Ada sebuah lubang dalam ilmu pengetahuan manusia, melompat dari zaman Renaisance langsung kepada Yunani,” ujar Pengerusi Yayasan Sains, Teknologi dan Peradaban Profesor Salim al-Hassani pemimpin 1001 Penemuan.

Penemuan 1001 di Pameran Museum Sains London mendedahkan banyak perkara yang menegaskan kembali sumbangan peradaban non-barat, seperti kerajaan muslim yang suatu waktu pernah meliputi Spanyol dan Portugis, Itali selatan dan terbentang seluas daratan China.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Operasi Bedah

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia berilustrasi tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan pakar perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan menciptakan sepasang alat penyepit untuk pembedahan.

2. Kopi

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajrt yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membuat konstruksi sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia melakarkan sebuah perangkat sayap dan secara khusus membentuk layaknya kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Kordova Spanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Desain yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Pada tahun 859 seorang putri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universitas al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

Kata aljabar berasal dari judul kitab ahli matematik terkenal Persia abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem pemersatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Matematikawan lainnya Al-Khwarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang bisa menjadi kekuatan.

6. Optik

“Banyak kemajuan penting dalam studi optik datang dari dunia muslm,” ujar Hassani. Diantara tahun 1000 Ibn al-Haitham membuktikan bahwa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, mengacuhkan teori Euclid dan Ptolemy bahwa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat muslim lainnya juga menemukan fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

7. Muzik

Muzik muslim memiliki pengaruh signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah lute dan rahab, nenek moyang biola. Skala notasi musik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

8. Berus Gigi

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Miswak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Substansi kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Engkol

Banyak dasar sistem automatis moden pertama kali berasal dari dunia muslim, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini

10. Penemuan Sabun di Dunia Islam

Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Muslim telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. Menurut Ahmad Y Al-Hassan dalam bukunya berjudul, Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Irak), dan Basrah (Irak) telah menjadi pusat industri sabun.‘’Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam,’’ papar Al-Hassan. Menurut Al-Hassan, sabun yang terbuat dari minyak sayuran, seperti minyak zaitun serta minyak aroma, pertama kali dihasilkan para ahli kimia Muslim di era kekhalifahan. Salah seorang sarjana Muslim yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan legendaris dari Persia.

‘’Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah,’’ cetus Al-Hassan. Sabun yang dibuat umat Muslim di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi. Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut. Harga sabun pada 981 M berkisar tiga Dirham (koin perak) atau setara 0,3 Dinar (koin emas). Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

11. ROBOT

Patung-patung bergerak al-Jazari

Banyak yang menyangka Robot pertama diciptakan oleh sang genius Leonardo da Vinci di tahun 1495. Tapi lihat ini di Wikipedia. Di tahun 1206, seorang ilmuwan bernama Al-Jazari sudah menciptakan sebuah ”mesin” yang bisa bergerak-gerak menggunakan tenaga air berbentuk manusia.

Ini, adalah salahsatu Robot pertama dalam sejarah manusia. Khususnya adalah robot pertama yang diprogram secara mekanis, the first programmable humanoid robots. Robot-robot ini berbentuk musisi yang secara otomatis boleh memainkan alat muzik bila dihidupkan. Lihat di Wikipedia : Robot, History of Robots. Para ilmuwan Islam sudah membuatnya jauh sebelum Leonardo Da Vinci.

12. Rumus graviti universal

Penemuan "Hukum Graviti Universal" oleh Newton (Principia, 1687) dianggap sebagai salah satu puncak tertinggi dari seluruh eskalasi kecerdasan spesies manusia. Tapi lihat juga ini di Wikipedia. Seorang ilmuwan bernama Muhammad Ibn Musa di abad 9 sudah menciptakan hipotesis akan adanya suatu Daya Tarik raksasa dalam pergerakan benda-benda luar angkasa. Ilmuwan Islam bahkan sudah mendahului Newton.

13. Angka 0, 1-9

Bayangkan saja angka-angka standar 0, 1-9 yang sekarang digunakan di seluruh dunia. Angka-angka ini diperkenalkan pertama kalinya oleh ilmuwan Islam. Nama ilmuwan genius itu adalah Al-Khwarizmi.

Dia juga menciptakan sistem penghitungan aljabar, yang dalam bahasa Inggris antarabangsa dikenal sebagai Algebra, yang diambil dari judul buku Al-Khwarizmi, Hisab al-jabr w’al-muqabala. Al-Khwarizmi dianggap sebagai Bapak Aljabar Dunia.

Dan Algorithma (algorithm) yang tentu menjadi inti flowchart pemecahan masalah dan sistem sebuah program komputer, berasal dari nama Al-Khwarizmi. Al-Khawrimi adalah seorang genius yang merubah seluruh dunia.

doa untuk elak angin ahmar

doa untuk elak angin ahmar

by Ahmad Masri on Friday, 08 April 2011 at 17:30

Angin ahmar,jika kita diberi pilihan, pasti tiada siapa yang nak akan penyakit ini..Kalau boleh semua orang nak elak dari terkena angin ahmar.Saya ada terbaca dalam beberapa artikel mengenai angin ahmar,risikonya boleh membawa maut dan juga boleh mnyebabkan lumpuh separuh badan.

Dalam pembacaan saya,Nabi SAW menyuruh kita umatnya,membaca doa untuk mengelak angin ahmar sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.Sebaik-baiknya diamalkan setiap hari.

InsyaAllah,berkat doa dan usaha kita,Allah akan pelihara kita dari penyakit ini.

Disini, saya sertakan doa untuk elak angin ahmar.Sebenarnya ada dua versi,satu yang pendek,satu yang panjang.Tapi rasanya mungkin ramai yang akan pilih untuk baca yang versi pendek.

Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ ومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير

Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin aḥmār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.

Untuk pengetahuan semua,disini saya sertakan sejarah angin ahmar.

Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi sulaiman a.s. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub atau bangga diri; dalam hatinya berkata siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadanya. Seketika itu juga menjelma satu makhluk sepeti lembaga manuusia, yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa ia datang lembaga itu menjawab bahawa dia bernama 'ar Raihul Ahmar' (angin ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan darah, dan juga otak seseorang hinga hilang akal. Nabi Sulaiman segera mengarahkan panglima-panglimanya agar membunuh 'ar Raihul Ahmar' itu; namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang. Angin ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammad SAW cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah.Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu bainda bahawa Hassan terkena penyakit angin, lalu Baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab ada lalu ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitah Rasulullah, bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Bagida pun membaca doa tersebut, lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saidina Hasan, boleh berdiri dan sihat walaifiat.

Wallahu'alam

A waiting for 70 years ( sebuah penantian selama 70 tahun )

A waiting for 70 years ( sebuah penantian selama 70 tahun )


by Ahmad Masri on Sunday, 10 April 2011 at 06:26

A waiting for 70 years ( sebuah penantian selama 70 tahun )

by Bilal Fauzie on Wednesday, 06 April 2011 at 09:16

This is a report from jama’ah whom went to Thursday Islandia. There are people born from Islam. But deeds of Islam has left from themselves. Jama’ah have been seen with old’s age woman more of octogenarian ( 80 years old ). When that’s the old’s age woman looked the jama’ah (in condition of performs soorban, joobah and beard) , then she screamed hed speaks “Muslim has come, Muslim has come!!!”

She was enthusiast to take outside tasbeeh, the books of shalawaah and prayer rug relic from her father showed to the jama’ah. She told a story while her attain the age of 10. Her father passed away. Before her father passed he gave an diying exhortation, “You dont be worry my child, dont be sad and dont be afraid, mosleem will come and take of you because mosleem are always taking care of each other.

And she told “and i have been waiting for you for 70 years”.

*Lecturer cry heart out and we are too as an audience

Source : Inform by Jama’ah

=======================================================================

Laporan satu jamaah yang bergerak di Thursday Islandia. Di sana, 90% penduduknya adalah keturunan Islam. Tetapi amalan Islam telah lenyap dari diri mereka. Jemaah telah dibawa berjumpa seorang lagi wanita tua berusia lebih 80 tahun. Tatkala wanita tua itu melihat rombongan jamaah (yang dalam keadaan berjanggut, berjubah, bersorban), kemudian ia menjerit dengan mangatakan, ‘Muslim has come, muslim has come.’(muslim telah datang! muslim telah datang!).

Dengan bersemangat wanita tua itu mengeluarkan sebuah tas dari bawah katil dan menunjukkan kepada jemaah peninggalan bapaknya berupa sajadah dan beberapa kitab shalawat. Perempuan tua itu bercerita saat ia berusia 10 tahun, bapaknya meninggal dunia. Sebelum itu bapaknya sempat berwasiat, ‘You don’t be worry my child. Don’t be sad and don’t be afraid… Muslim will come and take of you because muslim are always taking care of each other.’(Kamu jangan khawatir atau takut, dan jangan pula bersedih hati, Muslim akan datang dan mengurus kamu karena muslim adalah saling menjaga satu sama lain”).

Perempuan tua itu menambah, ‘And I have been waiting for you (muslim) for 70 years.’ (“Dan saya telah menunggu kamu selama 70 tahun).

(*Pembayan/penceramah : mengeluarkan airmata terisak-isak. Juga, kami yang ikut mendengarkan bayan/ceramah/karkuzari/cerita perjalanan).

(sumber info jama'ah)