Monday, September 3, 2018

aurat

HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA akhlak BERJAYA MENCAPAI 3 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SUNAN AN-NASAI
aura
1  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0873.
Dari Jabir bin Abdullah katanya: "Setelah mengawali solatnya dengan takbir, biasanya Rasulullah saw membaca doa iftitah, sebagai berikut: Inna shalaatii wanusukii wamahyaaya wamamaatii lillahi rabbil 'Aalamiin laa syariika lahuu, Qabidzaalika umirtu waanaa minal muslimiin. Allahummahdinii liahsanil A'maali wa- ahsanil akhlaaqi laa yahdii li-ahsanihaa illaa anta waqinii sayyial A'maali wa- sayyial akhlaaqi laa yaqii sayyiahaa illaa anta/Sesungguhnya solatku, ibadahku dan hidup matiku hanya aku aturkan bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Hanya dengan pernyatan itu aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang yang menyerah pada-Nya. Ya Allah tunjukkan aku pada sebaik-baik amal dan sebaik-baik akhlak. Sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkan aku kepadanya kecuali hanya Engkau. Ya Allah hindarkanlah aku dari perbuatan-perbuatan buruk dan akhlak-akhlak yang buruk, Sesungguhnya tidak ada yang dapat menjauhkan aku dari padanya selain Engkau."
2  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3321.
Dari Ikrimah dari Ibnu Abbas ra. berkisah; "Isteri Tsabit datang pada rasulullah saw. dan berkata: "Wahai Rasulullah, tentang Tsabit ibnu Qais suamiku, aku tidak mencelaakhlaknya ataupun kepandaiannya dalam agama, akan tetapi kerana aku tidak ingin bersikap jahat padanya, maka aku meminta cerai darinya." Tanya Rasulullah:"Apakah kamu bersedia mengembalikan kebunnya yang diberikan padamu itu?" Jawabnya: "Ya". Sabda beliau pada Tsabit: "Ambillah kebun itu, dan ceraikan ia."
3  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 5316.
Dari Dawaid ibnu Nafi', dia berkata: Abu Shalih berkata: Abu Hurairah ra berkata, bahawasanya Rasulullah saw biasa membaca doa: "Allaahumma innii a'uudzu bika minasy syiqaaqi wan nifaaqi wa suu-il akhlaaqi (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari pertikaian, kemunafikan dan akhlak yang jahat)."

hadis tentang aurat


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3097.
Menceritakan padaku 'Amr ibnu Syarahil Asy Sya'by dari Fatimah binti Qais (Seorang wanita dari golongan Muhajirin yang pertama), ia berkata: "Abdur Rahman ibnu 'Auf telah melamar ku untuk salah seorang sahabat, dan Rasulullah saw. juga melamar ku untuk maulanya Usamah ibnu Zaid. Kerana aku pernam mendengar Rasulullah saw. berkata: "Siapa yang mencintaiku, maka hendaknya ia mencintai Usamah". Maka setelah Rasulullah saw. berbicara padaku tentang lamaran itu, aku katakan: "Urusanku berada di tanganmu, wahai Rasulullah. Maka nikahkanlah aku dengan orang yang engkau kehendaki." Kemudian sabda beliau padaku: "Pergilah kamu ke rumah Ummu Syarik". Ummu Syarik adalah seorang wanita kaya dari golongan Ansar, ia banyak bersedekah di jalan Allah, dan ia banyak tamunya. Jawabku: "Baiklah, aku segera ke sana." Tetapi kemudian beliau berkata; "Jangan, jangan ke sana, kerana Ummu Syarik banyak tamunya. Aku khuwatir kalau kerudungmu jatuh, atau terbuka pakaianmu hingga kedua betismu terlihat, maka orang-orang akan melihat pada sebahagian auratmu. Pindah saja ke rumah anak pamanmu, Abdullah ibnu Am'r ibnu Ummu Maktum". la dari Bani Fihr, maka akupun pindah ke rumah Abdullah."
2  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0177.
Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi saw. bersabda: "Banu (turunan atau bangsa) Israel itu mandi bertelanjang satu sama lain saling lihat melihat. Tetapi Nabi Musa mandi seorang dirinya. Mereka mengatakan: "Demi Allah! Tidak ada yang melarang Musa mandi bersama-sama dengan kita, kecuali kerana dia berpenyakit, buah pelirnya besar." Pada suatu kali Nabi Musa mandi, kainnya diletakkannya di atas batu. Lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa, dan beliau menyusulnya sambil berteriak: "Kainku ! Hai, batu !" Sehingga oleh kerana itu, Bani Israil dapat melihat (aurat) Nabi Musa, lantas mereka berkata, "Demi Allah! Musa tidak berpenyakit apa-apa." Lalu Nabi Musa mengambil kainnya dan dipukulnya batu itu."
3  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0395.
Dari Ya'la katanya: "Pada suatu kali ketika Rasulullah melihat seorang mandi di tempat terbuka dalam keadaan bogel, maka beliau naik di atas mimbar lalu berpidato. Setelah memuji dan memuja kepada Allah maka beliau berkata: "Sesungguhnya Allah Azza wajal amat penyantun, Amat malu dan suka menutupi segala noda. Dia suka pada orang yang mempunyai rasa malu dan suka menutup auratnya, kerana itu jika salah seorang dari kamu mandi, maka mandilah di tempat yang tertutup."
4  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 1. Hadis Nombor 0744.
Dari Salamah Ibnul Akwa' katanya: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah saw; "Wahai Rasulullah, ketika aku berburu, maka aku hanya memakai satu qamis, apakah aku boleh solat dengannya?" Jawab beliau: "Ikatlah keras-keras bahagian yang lubang dari pakaian itu agar tidak terlihat auratmu."
5  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2819.
Dari AI-Muharrar ibnu Abu Hurairah dari ayahnya r.a berkata: "Saya menyertai Ali ibnu Abu Thalib ketika Rasulullah saw mengutusnya membacakan isi surah Al-Bara'ah kepada penduduk Mekah. Setelah kami kembali, beliau bertanya: "Apa telah kamu sampaikan pada mereka?" Jawab Ali: "Kami mengumumkan, bahawa dia tidak dapat masuk syurga kecuali orang mukmin, dan seorang yang terbuka auratnya tidak boleh lagi tawaf di Baitullah, dan siapa yang antara ia dan Rasulullah saw ada perjanjian, maka hendaknya ia mempercepat waktu perjanjian itu, atau menangguhkannya hingga empat bulan, jika telah lewat dari empat bulan, maka sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari kaum musyrikin (Fa innallaaha barii-un minal musyrikiina wa rai suuluhu), dan setelah tahun ini (9 H) jangan sampai ada seorang musyrikpun yang mengerjakan haji. Itulah yang telah aku umumkan, hingga suaraku serak."
6  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1927.
Dari Imran ibnu Husain katanya: "Ada seorang wanita dari suku Juhainah datang pada Nabi seraya berkata: "Aku telah berbuat zina dan aku telah hamil kerananya". Mendengar pengakuan itu, maka Nabi menyerahkan wanita itu pada walinya dan berpesan: "Rawatlah dia sebaik mungkin sampai dia melahirkan anaknya, setelah melahirkan, maka bawalah dia kemari. Setelah melahirkan anaknya, maka si wanita itu dibawa kehadapan Nabi saw. Nabi menyuruh wanita itu untuk mengeratkan pakaiannya agar tidak terbukaauratnya ketika dirajam. Kemudian dia dirajam hingga wafat. Setelah dia wafat, maka Nabi mensolatkannya sehingga Umar bertanya: "Mengapa engkau mensolatkan seorang wanita yang telah berzina?" Sabda Nabi saw: "Wanita ini telah diterima taubatnya, andaikata taubatnya dibahagikan kepada tujuh puluh orang penduduk Madinah, maka taubatnya akan mencukupi mereka, adakah taubat yang lebih mulia dari taubatnya wanita ini yang telah rela mengorbankan dirinya demi mengharapkan keredhaan Allah Azza wa Jalla."
7  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2052.
Dari 'Urwah dari Aisyah katanya: "Rasulullah saw pernah bersabda: "Di hari kiamat kelak manusia akan dibangkitkan dalam keadaan tidak beralas kaki, bogel, dan dalam keadaan tidak berkhatan". Tanya Aisyah: "Apakah manusia akan saling melihat aurat orang lain pada waktu itu?" Sabda Nabi saw: "Pada waktu itu manusia tidak akan memikirkan hal-hal yang bukan-bukan, semuanya memikirkan keselamatan dirinya masing-masing."